Mahmud Abbas sekat minyak ke Gaza

>> Khamis, Januari 28, 2010

Sumber rasmi komersil Kesatuan Eropah di al-Quds mendedahkan bahawa kesatuan tersebut menghentikan jual beli bahan bakar untuk operasi industri elektrik di Semenanjung Gaza sejak pertengahan bulan November 2009 kerana permintaan autoriti Ramallah yang dipimpin oleh Mahmud Abbas.

Pihak komersil Kesatuan Eropah di al Quds (Jerusalem), Shadi Othman berkata: "Kesatuan Eropah dan autoriti Palestin telah berbincang pada awal November lalu, tentang masalah sumber kewangan terhad yang diaplikasikan oleh Kesatuan Eropah untuk menyokong autoriti Palestin di Ramallah. Maka disepakati dengan autoriti Ramallah untuk mengklasifikasi kepentingan prioriti dalam sokongan yang diberikan kepada autoriti Ramallah."

Beliau berkata demikian dalam kenyataan kepada pejabat berita `Shafa', pada Rabu (27 Jan).

Othman berkata berdasarkan kesepakatan Kesatuan Eropah mengalihkan bantuannya untuk sektor lain seperti membayar gaji para pegawai autoriti Ramallah dan tanggungan sosial bagi keluarga miskin.

Menurut kenyataan rasmi, keadaan di Semenanjung Gaza amat genting dan rakyat dalam kegelapan kerana bekalan elektrik mungkin dicatu berterusan disebabkan janakuasa elektrik sedang mengalami kehabisan minyak.

Perkara ini boleh mengancam keseluruhan kehidupan Gaza terutama dalam sektor perubatan dan kepentingan awam.

Pihak autoriti kuasa dan sumber alam di Gaza berkata pihaknya terpaksa menghentikan bekalan elektrik secara keseluruhannya pada Khamis (esok) jika sekiranya bekalan minyak tetap tidak sampai kepada tempat janakuasa elektrik.

Berdasarkan kesepakatan antara Kesatuan Eropah dan autoriti Ramallah tersebut, pihak yang terakhir sepatutnya membiayai bekalan minyak di Semenanjung Gaza termasuk negara dunia lain.

Othman menambah bahawa ketika ini Kesatuan Eropah tetap dengan program menuntut pembayaran dunia yang dijanjikan bagi meneruskan bekalan minyak di Palestin. Dianggarkan Kesatuan Eropah memperuntukkan 9 hingga 10 juta euro setiap bulan di Palestin.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP