Bila Saiful kena Najib teringatkan Isa

>> Sabtu, Januari 30, 2010

Kesian juga kita tengok Mat Rempit kena penjara 2 tahun dan denda RM7,000 kerana semua orang tahu bukan dia seorang yang merempit. Ramai lagi tetapi terlepas. Nanya beliau kerana dia mangsa keadaan.

Sebut sebagai mangsa keadaan sama macam bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Isa Samad apabila beliau digantung kerana didapati bersalah rasuah atau disebut Umno, `politik wang' dalam kempen pemilihan Umno.

Ah! `Melayu mudah lupa' tak ingat pulak tahun pemilihan Isa dapat jawatan Naib Presiden Umno tetapi kalau pembaca rajin search sahaja kat internet.


Kata Isa mengulas hukuman keatasnya beliau menyifatkan dirinya mangsa keadaan kerana ramai lagi yang rasuah semasa kempen tersebut malah orang Umno dan rakyat negeri umno pun tahu ramai yang rasuah berkempen. Sebaliknya beliau seorang sahaja yang ditangkap dan dipersalahkan.

Kata-kata Isa ini sama macam adik kita Saiful yang didapati bersalah merempit. Pada pandangan orang lain dan mungkin Saiful sendiri bahawa ramai yang merempit tetapi beliau sahaja yang dihukum.

Barangkali Isa tidak pandai cari makan dan Saiful kurang pandai lipat melipat masa merempit maka mudah beliau mudah diperangkap dan ditangkap.

Akan tetapi Isa menang besar dekat Bagan Pinang masa pilihan raya kecil di situ. Kalau begitu kiranya, maknanya orang yang undi Isa dua kali lima tidak pandai cari makan.

Berikut berita berkaitan

Mat Rempit dijatuhi hukuman penjara dua tahun

SEREMBAN, Jan 29 — Seorang “Mat Rempit” dikenakan hukuman penjara dua tahun dan didenda sebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari selepas didapati bersalah terbabit dalam kegiatan lumba haram di sini, hampir empat tahun lalu.

Majistret Mohd Aizuddin Zolkefly menjatuhkan hukuman itu terhadap Saiful Irwan Rubu, 23, seorang buruh binaan, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pertuduhan itu.

Tertuduh, dari Taman Desa Permai, Jalan Pantai, Port Dickson, didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa terlibat dengan aktviti lumba motosikal haram dari lampu isyarat, Taman Mentari Heights hingga lampu isyarat Taman Seri Pagi, di sini, pada pukul 6.35 petang, 12 Feb 2006.

Peguambela tertuduh, Bakhtiar Hamdam, memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Cif Insp. M. Shanmugavel. — Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP