Siasat nafsu Tok Guru makan kek RM500

>> Selasa, Januari 12, 2010

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti siasat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terima kek seberat 10 kilogram bernilai lebih RM500.

Kek tersebut didakwa pemberian menantunya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang ketika itu menjawat Ketua Pegawai Operasi Perbadanan itu.

Wah hebat rupanya orang besar makan kek pun besar, 10 kg beb...

Apakah kek tersebut ada unsur yang menyebabkan Ariffahmi naik pangkat Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Mungkin nafsu Tok Guru tidak terancam dengan godaan kek bernilai tinggi itu tetapi bagaimana dengan pegawai yang lain yang diberi kek yang sama.

Mungkin juga peranan kek tersebut menggoda para pegawai yang kemudiannya menjadi tukang sokongan atau bodek kepada kenaikan pangkat Ariif.

Bagaimanapun, banyak persoalan boleh timbul dengan kelunakan Tok Guru dan terserah kepada SPRM menyiasat secara telus.

Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad, berkata Abdul Ariffahmi Ab Rahman, ketika menjawat Ketua pegawai operasi perbadanan itu, meluluskan pembelian enam kek berbilai lebih RM3,000 pada September lalu kepada enam pihak.

"Isunya bukan pada harganya tetapi bagaimana (beliau) beli hadiah untuk diri sendiri dan bapa mertua? Tidak bolehkah guna duit poket sendiri?

"(Perkara) ini saya fikir mungkin penyelewengan yang paling kecil berbanding dengan yang lain-lain, macam jerawat kecil yang sudah pecah," kata Alwi, yang juga ADUN Kok Lanas, kepada Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, satu pihak yang enggan dinamakannya telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

"Perkara ini telah pun dilaporkan kepada mereka daripada seseorang (pemberi maklumat)," kata Md Alwi, sambil menggesa suruhanjaya itu menyiasat perkara berkenaan dengan segera.

Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan daripada Abdul Ariffahmi setakat ini belum berhasil.

Nik Aziz sebelum ini dipertikaikan berhubung pelantikan menantunya itu sebagai peneraju PMBK Oktober tahun lalu sehingga memaksa campur tangan beberapa pemimpin kanan PAS.

Susulan itu, Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan tersebut berkuatkuasa 23 Mac ini.

Pada 13 November lepas, suruhanjaya itu turut dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nik Aziz dan keluarganya mendapat tajaan haji daripada seorang ahli perniagaan yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Menteri besar itu bagaimanapu membatalkan hasratnya ke tanah suci selepas media memainkan isu tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP