Mesti cerdik: Pelajar Mesir pakai topeng

>> Selasa, Januari 12, 2010

Pelajar wanita Mesir pakai topeng muka ganti purdah

KAHERAH - Beberapa pelajar perempuan di Universiti Kaherah memakai topeng muka sebagai ganti purdah berikutan arahan terbaru kerajaan yang mengharamkan pemakaian tudung menutup wajah dalam dewan peperiksaan.

Mesir melarang pemakaian purdah semasa peperiksaan universiti selepas segelintir pelajar menyamar mengambil kertas ujian bagi pihak pelajar lain.

Dekan Fakulti Sains di Universiti Kaherah, Mohamed Saleh adalah antara pegawai yang bertanggungjawab memantau keadaan di dewan peperiksaan bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi.

Bagaimanapun, beliau membenarkan beberapa pelajar memakai topeng muka untuk menutup wajah mereka.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP