Ada ketikanya kita berilmu tetapi rupanya tidak berakhlak

>> Khamis, Januari 28, 2010

Saya ada terbaca di blog AdukaTaruna menyentuh tulisan saya sebelum ini. Bagaimanapun saya sudah malas nak layan kawan AT menulis dengan fahaman yang lekeh. Lagipun dia menyiarkan komen orang menyokong dia sahaja. Komen hentam dia, digelap. Nampak sangat ramai penyokong dia.

Barangkali antara kita ada perbezaan ketara walaupun dalam keadaan tertentu ada kearah persamaan. Namun persamaan itu diatas nawaitu masing-masing. Bagaimanapun kita mendoakan persamaan itu menuju kearah satu iaitu keredhaan Allah SWT.

Disini saya mahu jelaskan bahawa saya bukan taksud PAS. Saya suka kepada penyatuan pendapat. Sebab itu dalam tulisan saya sebelum ini bila ada cubaan melagakan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Abdul Hadi saya menulis dengan mencari jalan titik pertemuan kedua pemimpin itu. Walaupun terdapat dua pendapat kita akan mencari jalan supaya keduanya menjadi ringan dan ada titik pertemuan agar tidak wujud dua kumpulan.

Saya menghormati perbezaan pendapat dan tidak taksud dengan satu pendapat. Oleh kerana itu dalam menghentam pendapat orang lain yang tidak suka perlu diselidiki dan diteliti kerana ada perkara yang kita tidak tahu hanya sebab kita orang awam dalam keadaan awam.

Bukan semua perkara perlu didedah kepada umum secara bebas. Ini bukan bererti kita setuju dengan OSA yang diambil kesempatan dan salahguna menyekat ketelusan.

Komen Xenan:
Kalau PAS nak saman gua sbb mendoakan perubahan/reform pas cam dlm logo gua, gua akan soh org UMNO saman PAS sbb buat kempen Umno Pengkhianat rakyat.Siap niat buruk lagi.


Saya bukan pentaksud PAS sebab itu dalam tulisan asal saya mencadangkan memberi pandangan kepada PAS tetapi pada kebiasaannya fahaman saya rasa PAS tidak akan bertindak sampai ke situ. Itu cuma pandangan kalau PAS merasa tercemar dalam isu AT. Terpulang kepada PAS.

Sesiapa pun boleh kata blog AT tidak berniat jahat kepada PAS namun blog tersebut sudah membentuk imej PAS bila ada kalimah PAS pada logo. Jadi apa yang terpalit pada blog itu maka tahi pun terkena juga pada PAS.

Soal kalimah PAS itu berada dalam ayat `mendoakan perubahan PAS' itu perkara yang lain. Memang tidak salah, siapa kata salah? Tetapi kalimah PAS yang ada disitu menyebabkan blog itu sudah mencerminkan sedemikian.

Saya tidak pun sentuh lambang PAS yang ada pada direktori blog parti yang ada lambang PAS kerana ia memberi maksud dan pengertian yang lain.

Kalau tidak memahami maksud saya boleh baca posting saya sebelum ini PAS boleh saman AdukaTaruna, Najib boleh beri tawa...

Oleh kerana AT telah menarik balik logo mengandungi kalimah PAS itu maka saya malas nak memanjang isu ini dan menghormati tindakan beliau. Buat apa kita berbicara tentang apa yang dia tarik balik serta pengakuannya tiada kena mengena dengan PAS.

Lagipun makin saya layan kawan AT ini bertambah rasa jadi budak-budak, sedangkan saya sudah hampir dijemput kubur.

Minta maaf la saya menulis mahu melahirkan ramai kawan bukan musuh sesama sendiri. Doakan saya sentiasa serang musuh yang lebih aula daripada bertegang hanya sekadar bertentangan pendapat.

Berkata lagi Xenan:
....gua akan soh org UMNO saman PAS sbb buat kempen Umno Pengkhianat rakyat.Siap niat buruk lagi.


Sebab itu saya kata tadi malas nak layan di Xenan ni. Mungkin dia baru dalam politik dan belum cam Umno. Kita tunggu kematangan mengajar beliau sehingga beliau kenal madu dan racun Umno.

Seperti yang saya kata dalam posting yang sama ...kerana ada ketika pengalaman mengajar kita apabila ilmu tidak mampu menyekat karenah dan mendidik diri kita sendiri (berakhlak). Wa Allahuaklam...

Siri 2 Siapa Kami : Kepada Pentaksub Parti yg Bodoh!

Kepada Pentaksub Parti yg bodoh!
Oleh: Xenan

Kalau PAS nak saman gua sbb mendoakan perubahan/reform pas cam dlm logo gua, gua akan soh org UMNO saman PAS sbb buat kempen Umno Pengkhianat rakyat.Siap niat buruk lagi.

Gua tader malafide.Kalau gua ade niat jahat bukan tuh logo yg akan kuar.

Atau pon PAS boleh kuarkan statement mcm ni:-

"kami melarang rakyat mendoakan perubahan kami.Kami nak stay macam ni selama2.Jemaah Islam milik mutlak kami dan ini lah imej sebenar jemaah Islam.Kami bangga menjadi pembangkang selama 50 tahun dan tak berminat untuk berubah"

"kami juga akan beli semua no plat kereta PAS 1 hingga ke 17(17 palling mahal ni:P) untuk kegunaan rasmi kami.Sekian dan tabung derma kan diedarkan sebentar lagi"

Jangan ckp bodoh n ugut2..gua bukan sehari dua dlm industri design.Semua benda dah di calculate dan dikira risiko nya.

Lu org sini dengar..idealisma kami ialah political activis islam.Tapi new player ni tader ally n tdr musuh.Tader niat nak jawatan atau kuasa.Pas boleh pilih mahu mendengar kami atau mahu memusuhi kami.UMNO terus out of context la...dibenci selalu.hahaha.

Tayah wa rendahkan kredebiliti PAS pon mmg dah rendah dek kebudohan pemimpin dan penyokong.

Gua sarankan semua rakyat malaysia guna otak utk menyokong dan membantah sesiapa sahaja.

YANG BENAR TETAP BENAR , YANG SALAH TETAP SALAH!

Kerosakan negara Malaysia ini bukan sahaja terletak di tangan UMNO(BN) tapi juga terletak di tangan PAS(PR) yg dah 50 tahun berpolitik tapi masih duduk di takuk pembangkang.Langsung tak berjaya pon nak menjadikan idelisma PAS menjadi kenyataan.Kang Gua panggil loser kang marah.

Ni siap bangga lagi berjaya bertahan sebagai pembangkang.Dey pentaksub PAS, lu bangga jadi loser ka?Tayah la bagi alasan berderet2 tuh sbb di zaman internet ni pon lu still loser lagi.Sama jek dari zaman dulu.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP