GAZA: Ketua jawatankuasa rakyat anti blockade, Jamal al Khudri meminta para anggota parlimen Eropah yang mengunjungi Gaza agar bekerjasma dengan pemerintah mereka menekan penjajah Zionis untuk mengakhiri kepungan Gaza.
Khudri memuji perubahan yang berlaku pada masyarakat Eropah dalam solidariti mereka terhadap Gaza yang diblockade dan tertindas, serta membincangkan hal tersebut di Parlimen dan pihak rasmi kerajaan.
Di hadapan para anggota parlimen Eropah di bangunan dewan legislatif Palestin, Sabtu (16 Jun), Khudri menceritakan tragedi blockade dan kehancurannya akibat serangan Zionis Israel. Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin berharap usaha rasmi seperti ini berterusan dalam rangka mengakhiri pejajahan tanah Palestin dan blockade.
Beliau berkata: "Delegasi ini sangat penting, kerana terdiri daripada tokoh politik di parlimen Eropah, yang berjanji akan menyampaikan penderitaan rakyat Gaza ke kementerian luar dan kepada negara mereka dan meminta untuk menyelamatkan Gaza."
Khudri memuji para aktivis solidariti dan anggota parlimen Eropah, termasuk dalamnya ketua delegasi, yang sebelumnya merupakan penyokong kuat penjajah Zionis namun kini menjadi pembela Palestin dan berjanji mengajukan para penjahat perang ke pengadilan antarabangsa. (asw) |
0 comments:
Catat Ulasan