Gaza akan dikunjungi ahli parlimen Arab selepas Eropah

>> Khamis, Januari 21, 2010

Gaza, Khamis, 21 Jan: Komuniti pemerintah bagi penerimaan delegasi ke Gaza menegaskan, jawatankuasa bertindak Unit Parlimen Arab memutuskan untuk melakukan kunjungan solidariti ke Semenanjung Gaza.

Mereka diminta mengurus kebenaran daripada Majlis Rakyat Mesir dan persiapan lain hingga boleh dijamin masuk ke Gaza.

Sebagaimana diberitahu kepada Infopalestin kelmarin Rabu (20 Jan) oleh komuniti pemerintah Palestin menegaskan, bahawa kunjungan itu sebagai bentuk sokongan Arab kepada rakyat Palestin dalam rangka menghadapi rancangan jahat Israel yang bertujuan agar rakyat Palestin menyerah kepada penjajah.

Kunjungan ini juga memiliki makna penting bagi 1,5 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang terkepung selama lebih daripada 3 tahun.

Sebelum itu, parlimen Eropah sudah berkunjung ke Semenanjung Gaza. (bn-bsyr, Infopalestin)

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP