Kerajaan Najib tidak minat beri geran tanah kalau tidak masuk saku

>> Ahad, Januari 24, 2010

Beritahu kalau ada rakyat marhean dapat geran tanah selama Umno dan kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah. Kalau tanah TOL (hak milik sementara) itu adalah.

Berpuluh tahun Umno perintah sampai kepada negeri diambil alih kerajaan pakatan rakyat (PR), pemilik rumah marhean tetap TOL kalau tidak mempunyai kebal politik kuat untuk dapat geran.

Sebaliknya kali ini dibawah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, kerajaan Selangor sedang merangka program untuk memberi pemilikan tetap iaitu geran tanah kepada semua penduduk kampung yang memiliki TOL tanpa selindung.

Ini kerana kalau main selindung-selindung biasa tangan gatal menjulur bawah meja. Sebab itu dalam Umno, orang kuat mereka sahaja yang dapat geran.

Orang Umno bawahan pun boleh ditipu. Biasa ia jadi umpan pilihan raya atau janji pilihan raya. Buktinya di Rompin sehingga petani keluar piket tuntut geran tanah.

Petani pula sejak PR memerintah beberapa negeri mereka sudah berani demontrasi tuntut hak mereka. Bukan macam dahulu lagi senyap kerana tekanan tok yet Umno.

Anda boleh baca berita berkaitan Selangorkini:

Hampir Enam Ribu Keluarga Di Kuala Selangor Akan Terima Geran Tanah



SUNGAI BULUH, 24 Januari - Kira-kira 5000 hingga6000 keluarga di Kuala Selangor bakal menerima geran tanah dari Kerajaan Selangor.

Pemberian geran itu akan dibuat secara berperingkat bermula akhir bulan ini hingga hujung tahun 2010 sekaligus menyaksikan hampir 90 peratus masalah pemilikan tanah di kawasan itu selesai.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kuala Selangor merupakan lokasi pertama bagi projek pemberian geran kepada penduduk yang telah lama mendiami seseuatu kawasan sebelum langkah sama diaplikasikan di seluruh Selangor.

“Untuk Ijok dan Kuala Selangor, terima kasih kepada Pegawai Daerah dan Yang DiPertua. Satu Program besar-besaran akan diadakan untuk memberi tanah kepada mereka yang telah lama duduk sehingga ada 20 30 tahun lalu,”katanya di majlis Sumbangan Mesra Usia Emas di Sungai Buluh sebentar tadi.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP