Kalau bukan perkauman barangkali provokasi, Najib!

>> Sabtu, Januari 23, 2010

PAS melalui Ketua Penerangnya, Ustaz Idris Ahmad kata 'orang gila' yang buat kerja bakar surau dalam kejadian di Muar.

Polis yang siasat kejadian pulak seolah macam setuju pendapat PAS.

Bahasa PAS itu mungkin sindiran tetapi pihak polis kenapa begitu pantas membuat rumusan terhadap orang yang membuat kerja bakar surau itu sebagai `kurang siuman'.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kena tegas arah siasatan betul-betul kerana kalau tidak ada unsur perkauman ia boleh juga disiasat atas perbuatan khianat atau mungkin juga yang tidak sedap didengar Umno iaitu provokasi.

Pelik juga orang tidak siuman ini ikut rapat isu semasa. Dia dok baca berita orang bakar gereja dia pulak bakar surau.

Baca laporan berkaitan:

Polis Tolak Unsur Perkauman Dalam Dua Kejadian Berulang Di Surau Di Kg Jawa

KLANG, 22 Jan (Bernama) -- Polis menolak unsur perkauman sebagai punca dalam kejadian dua serangan berulang di Surau Taman Menara Maju di Kampung Jawa di sini sebaliknya ia mungkin dilakukan individu yang disifatkan 'kurang siuman'.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop berkata dalam kejadian pagi semalam dan awal pagi tadi beberapa tompokan najis dan air kencing dipercayai milik seorang lelaki ditemui di tepi pintu masuk surau berkenaan.

"Kita mendapat maklumat dari penduduk setempat semalam dan telah melakukan perbincangan dan rondaan sehingga lewat tengah malam namun kejadian sama berulang lagi awal pagi tadi dan disedari oleh seorang jemaah yang hendak membuka surau untuk solat subuh," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat malam.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam dua kejadian itu, suspek tidak memasuki kawasan dalam surau berkenaan seperti kejadian pertama sebelum ini.

"Saya menolak kemungkinan kejadian ini berlaku atas rasa tidak puas hati penduduk berbilang bangsa di kawasan ini memandangkan mereka hidup harmoni selama ini malah kadar jenayah di kawasan ini juga terkawal," katanya.

Dalam kejadian pertama pada 9 Jan lepas, pintu surau berkenaan pecah dibaling dengan batu dan dipecah masuk oleh individu yang dipercayai penduduk dari kawasan taman itu.

"Kita masih menjalankan siasatan termasuk mengenalpasti apakah motif kejadian itu memandangkan ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Berdasarkan siasatan awal, kita juga percaya kejadian ini membabitkan suspek yang sama," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata bermula malam ini kira-kira 30 anggota rukun tetangga, RELA, JPA3 bersama anggota polis mengadakan rondaan di sekitar kawasan taman berkenaan bagi memantau sebarang kemungkinan kejadian sama berulang.

"Penduduk bersepakat dengan kerjasama melakukan rondaan sehingga pagi bermula malam ini dan akan diteruskan untuk beberapa tempoh masa," katanya.

Mohamad juga meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan insiden itu dengan kejadian pembakaran gereja dan berharap masyarakat supaya bertenang serta meneruskan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di kawasan taman perumahan itu.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP