Syarikat RM2 punya pasal, Zahrain mengamuk

>> Ahad, Januari 31, 2010

Bila ada orang PAS, PKR atau DAP yang canggah dengan Menteri Besar semua tuduh kerana tidak dapat projek, CEO atau senang cakap tidak dapat memenuhi permintaan mereka.

Betul ke? Macam kes Zahrain Mohd Hashim, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang pun dituduh tidak dapat projek sebab itu beliau menuding macam-macam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Apa yang menjadi persoalan Zahrain ni pandai pula masa dia nak mengamuk dan ambil kesempatan atas isu kononnya lesen niaga orang Melayu ditarik, kedai do re me nak diroboh dan macam-macam lagi sokongnya pada orang hingga Guan Eng nampak buruk pada orang Melayu.

Petang tadi saya ke Kampung Melayu Subang dan sempat berbual dengan Haji Mohamad Sabu, bekas Naib Presiden PAS mash lagi AJK PAS Pusat. Apa yang dicerita beliau mengenai Zahrain kerana tidak dapat syarikat RM2.

Bahasa Haji Mat ni cukup sinis. Ya la dah memerintah ramai orang mahu jadi CEO syarikat anak kerajaan negeri. Susah juga kita nak nafikan kalau diberi pada orang tak jurus maka hasil tak jurus malah kita tidak dapat nak atasi karenah birokrasi, rasuah dalam syarikat, penyelewengan dan tidak produktif.

Sementara itu, Anwar Ibrahim beri tempoh sebulan untuk memutuskan sebarang tindakan keatas Zahrain dan juga Zulkifli Nordin.

Bagus la tu, selagi kita boleh baiki kita repair. Jangan kita cetuskan tindakan yang boleh rugikan parti.

Kalau orang jenis macam Khalid Samad, selamat parti tetapi kalau spesis ambil kesempatan, alamat kacau parti. Namun begitu kita harap keputusan biarlah adil. Kalau terpaksa hukum tutup mulut pun hukum la. Lagipun kesalahan mereka berdua ini kali pertama dibawa kepada lembaga disiplin parti itu. Saya tidak tahu kalau Zulkifli sudah kedua. Kalau betul nanya la kau Zul...

Berita Malaysiakini berkatan:

Sebulan putus tindakan terhadap Zulkifli, Zahrain


Jawatankuasa disiplin PKR menetapkan tempoh selama sebulan untuk meneliti tindakan yang akan diambil ke atas dua orang wakil rakyatnya - Zulkifli Noordin (Kulim) dan Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru).

Ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mengulas tempoh yang panjang itu bagaimanapun berkata, ia tidak bermaksud parti itu tidak serius dalam menangani tindakan wakil berkenaan.

Jelasnya, PKR membantah tindakan Zahrain menyerang ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilihat sebagai satu perbuatan yang keterlaluan.

Tambahnya, jawatankuasa disiplin telahpun mengadakan mesyuarat pertama bagi meneliti perkara itu.

"Kita dengar pandangan (dalam mesyuarat) supaya parti ambil tindakan keras dan segera. Tapi kita dalam PKR dan Pakatan Rakyat mesti tunduk kepada peraturan dan perlembagaan parti.

"Juga kita perlu beri peluang kepada orang itu untuk bela dirinya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.

Zahrain yang bertindak menyerang Lim sebagai seorang pemimpin "diktator, cauvinis, befikiran komunis" antaraya kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak kerajaan Pulau Pinang kepada bumiputera.

"Ia bukan masalah kritikan. Kita memang beri ruang untuk kritik, tapi bila serang Lim Guan Eng sebagai cauvinis, komunis dan diktator, itu tidak betul.

Tambahnya, majoriti daripada kontrak secara tender terbuka daripada kerajaan negeri itu disalurkan kepada golongan bumiputera

"Ada benda yang kita tidak setuju, tapi dia ketua menteri, dia yang putuskan," katanya lagi.

Selain Zahrain dan Zulkifli, turut disiasat ialah ahli pimpinan tertinggi parti itu Datuk Zaid Ibrahim yang menyelar tindakan Zulkifli.

"Ada juga yang serang Datuk Seri Zaid Ibrahim kerana tidak tegas dan jawatankuasa disiplin juga sedang teliti kenyataan beliau (Zaid)," katanya lagi.

Bercakap dalam satu lagi sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat petang ini, Anwar berkata, pemimpin PKR telah diarahkan untuk memberi sokongan padu kepada Lim Guan Eng.

"Saya bagi pihak PKR telah memberi penjelasan (dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat) bersabit dengan kenyataan dan tindakan Zulkifli Nordin membuat laporan polis terhadap ahli parlimen PAS Khalid Samad.

"Pimpinan Pakatan Rakyat memandang berat dan tidak bersetuju dengan laporan polis berkenaan dan juga minta kes itu dirujuk dengan kadar segera kepada jawatankuasa disiplin," katanya dalam sidang media tersebut, yang turut dihadiri presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan juga penasihat DAP Lim Kit Siang.

Anwar dalam pada itu turut menyeru supaya jawatankuasa tatatertib Pakatan menyegerakan perjumpaan bagi memastikan kerjasama di semua peringkat pakatan itu berjalan dengan baik.

Dalam sidang media yang sama, Hadi kemudiannya berkata isu melibatkan Zulkifli dan Khalid itu kini dianggap selesai apabila Zulkifli dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.

Menurutnya, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa namun, dan menambah bahawa "yang penting adalah kesefahaman."

Kit Siang pula berkata, DAP juga akan terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

"Kami menghormati sepenuhnya hak PKR untuk mengambil tindakan sewajarnya (ke atas Zahrain dan Zulkifli)," katanya.

Sebelum itu, Anwar juga memberitahu bahawa sambutan dua tahun penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan di Pulau Pinang pada 10 Mac ini.

Sambutan tahun pertama penubuhannya telah diadakan di Selangor tahun lalu.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP