Bola kelas dua: Mana cukup RM10 juta, F1 RM300 juta

>> Jumaat, Januari 15, 2010

Kalau dalam politik, rasuah, bantuan kebajikan ada double standart rupanya dalam sukan pun ada. Kali ini sukan bola sepak jadi warga kelas dua berbanding pasukan lumba kereta 1Malaysia Formula 1 (F1). Anjur sukan layar yang Malaysia tidak bertanding pun RM360 juta sekali anjur.

Kah...kah...kah. Pemain bola dapat RM10 juta. Piala Monsun RM360 juta. F1 dapat RM300 juta. Tengok baget F1 mesti kena menang kerana duit besar. Kalau tidak menang buat malu je dengan bola yang hanya dapat RM10 juta.

Bernama telah melaporkan bahawa belanjawan tahunan untuk pasukan 1Malaysia Formula Satu (F1) dianggarkan berjumlah RM300 juta manakala modal awal yang diperlukan ialah RM168 juta.

Sementara itu Metro melaporkan:

RM10 juta tak cukup!

DENGAN hanya berbekalkan RM10 juta diperuntukkan untuk Tabung Pembangunan Bola Sepak oleh kerajaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seakan-akan boleh melupakan hajat besar untuk membawa pemain skuad Bawah 23 tahun negara ke Eropah, sekurang-kurangnya dalam tempoh terdekat ini.

Ini kerana dana permulaan itu nyata kecil berbanding RM50 juta yang dihajati KBS sebelum ini dan mengikut perkiraan hanya memadai untuk merencanakan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

Perkara ini diakui sendiri Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad yang menganggap dana RM10 juta itu tidak mencukupi untuk program pembangunan sukan itu secara menyeluruh.

“Jumlah RM10 juta itu agak kecil. Saya sangka akan dapat sekurang-kurangnya RM20 juta. Pemberian ini tidak cukup untuk laksanakan apa yang kita rancang untuk pasukan Bawah 23 tahun. Tapi masih ada ruang lain lagi yang boleh diusahakan, mungkin kita boleh cuba dapatkan daripada sumber lain, contohnya tajaan syarikat korporat.

“Saya harap pemberian RM10 juta itu hanya sebagai permulaan kerana Menteri (Datuk Ahmad Shabery Cheek) berkata, dana itu mungkin ditambah jika ekonomi negara bertambah baik. “Bagaimanapun kita tetap bersyukur dengan apa diberikan kerajaan, itu satu langkah yang baik. Ia juga tanda pengiktirafan terhadap kejayaan yang diraih pasukan bola sepak negara,” katanya yang dihubungi semalam.

Pemberian RM10 juta itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin untuk memulakan Tabung Pembangunan Bola Sepak yang dicetuskan KBS berikutan kejayaan skuad negara bimbingan jurulatih K Rajagobal meraih pingat emas pertama negara di Sukan Sea Laos, Disember lalu, selepas 20 tahun menanti.

Ahmad Shabery berangkat ke England, kelmarin sebelum disusuli Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad hari ini bagi mengintai peluang untuk menempatkan seberapa ramai pemain bawah 23 tahun kebangsaan di kelab negara itu bagi tujuan pendedahan.

Menurut Redzuan, mereka harus merancang dengan teliti dana diberikan itu bagi memastikan matlamat sebenar tercapai.

“Kita akan buat perancangan bagi pembangunan di peringkat bawah, ini perkara yang akan kita bincang secara terperinci dengan KBS. Kita akan wujudkan semula liga di peringkat daerah, kelab dan negeri. Kita juga tidak lupa soal pembangunan jurulatih tempatan sebab kita sedar di peringkat akar umbi, taraf jurulatih kita tidak begitu baik.

“Tapi kalau boleh kita ada dana yang lebih untuk kita bangunkan pasukan peringkat umur iaitu pasukan belia kita. Kita mahu beri pendedahan awal di peringkat antarabangsa kepada mereka, namun ini akan menggunakan belanja yang besar,” katanya.

1 comments:

orangkampung 15 Januari 2010 pada 12:22 PTG  

bola minta bantuan 50 juta ...dapat 10 juta .. mengamuk satu kampung

FI dapat tajaan 300 juta

Kapal layar dapat 360 juta ...rakyat negeri menanggung ...

Pandai-pandai la cari duit sendiri ...

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP