Sumber pemerintah Amerika Syarikat mengungkapkan bahawa perang di Iraq dan Afghanistan telah menggunakan wang para pembayar cukai Amerika sejak 2001, lebih daripada satu trilion dolar.
Pengumuman ini dibuat dengan harapan Presidennya, Barack Obama akan meminta lagi 33 juta dolar untuk membiayai pengiriman pasukan tambahan ke Afghanistan tahun ini.
Menurut pejabat berita Reuters bahawa ini adalah tahun pertama penggunaan wang di Afghanistan lebih daripada di Iraq kerana kelembapan operasi militia AS di Iraq berbanding di Afghanistan.
Organisasi yang bernama "Projek Prioriti Nasional," sebuah organisasi non-partisan yang memaparkan diagram anggaran untuk biaya perang yang diperbaharui menyatakan: "Kongres menyetujui 1.05 triliun dolar untuk perang di Iraq dan Afghanistan."
Organisasi tersebut menjelaskan bahawa jumlah wang yang melebihi satu triliun dolar, dipersetujui pada bulan lalu ketika para anggota parlimen meluluskan rancangan undang-undang yang menyebut bahawa anggaran pertahanan AS untuk tahun fiskal 2010, meliputi 128 trilion dolar dihabiskan untuk perang sampai 30 September ini.
Organisasi ini mencatat bahawa total satu trilion dolar termasuk biaya perang yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri, seperti keselamatan kedutaan.
Daripada anggaran yang besar ini telah dihabiskan 747.3 juta dolar untuk perang di Iraq sejak AS memimpin invasi ke negara pada tahun 2003, dialokasikan 299 juta dolar untuk Afghanistan, yang digunakan AS untuk menyerang Afghanistan dengan dalih memerangi al-Qaeda dan menggulingkan Taliban setelah serangan September 11, 2001.
Termasuk dana perang dari tahun fiskal 2010 , yang berakhir pada 30 September. 72 juta dolar untuk Afghanistan dan 64.5 juta dolar untuk Iraq.(fq/imo)
-
0 comments:
Catat Ulasan