Siapa penghuni istana kawan Najib di Kijal, Terengganu

>> Jumaat, Januari 29, 2010

Besaarnyaa...! Istana siapa diatas bukit tu.... Hantu punya. Wah istana hantu pun dah bentuk moden. Tidak menggerunkan. Dengar khabar hantu duduk. Tuan dia lebih selesa dok Istana kerajaan.

Harakah pernah siar gambar rumah ini dan mendakwa berharga RM1.6 juta. He he he murahnya! Jauh la nak banding geng dia kat Selangor RM24 juta.

Ya la harga tanah istana geng dia di Shah Alam tu sahaja pun lebih tinggi harga istana atas Bukit Kijal ni.

Namun kalau dikira sosial ekonomi di Terengganu, kira dia ni jutawan kaya raya. Kita nak tanya dari mana dia dapat duit banyak tu. Dia bukan geng Idris Jusoh taukeh duit wang ihsan.

Gaduh-gaduh juga... dalam dok bergaduh tu dia pun dapat banyak juga projek wang ihsan waktu itu dan sebab itulah dia kaya raya boleh buat apa sahaja termasuk ‘Istananya’.

‘Dan Sebenarnya’….mungkin orang tidak tahu, rakyat tidak tahu dan mungkin pengundi pun tidak tahu bahawa ‘Istana’ milik pemimpin Umno tersebut sebenarnya telah dibina sebelum dia jadi ‘Yang Amat Berhormat’ lagi.

Waktu itu, dia (pemimpin Umno) sebagai pembangkang antara tahun 1999 – 2004. Maklumlah, waktu itu ‘wang ihsan’ banyak hasil ‘rompakan’ politik kerajaan Persekutuan atas cadangan para pemimpin Umno Terengganu.

Banyak projek sekolah, jalan raya, balai raya, ‘hantu raya’ dan sebagainya yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Pemimpin ini sebenarnya datang dari keluarga miskin dan susah. Ayahandanya seorang ‘penyadak nyior’ (pengait kelapa) yang miskin serba kekurangan tetapi mampu melahirkan seorang anak yang kaya-raya.

Pemimpin Umno tersebut diperingkat bahagian politik merupakan Ketua Umno Bahagian di hujung negeri Terengganu Darul Iman.

Jika diperingkat negeri pula jawatan politiknya dikira kanan juga di negeri ‘Darul Runtuh’ ini.

Istana ‘YB’ yang tersergam indah berkenaan terletaknya di Kijal, Kemaman berhadapan dengan Kolej Universiti TATI.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP