RM7 juta projek tawan Kedah

>> Sabtu, Januari 16, 2010

Persiapan Umno untuk rampas Kedah cukup besar kerana peruntukan guru Kemas sahaja sudah RM7 juta.

Sehubungan itu sebanyak RM100 juta pula diperuntukan untuk Kemas seluruh negara. Anda akan tergelak besar Kemas seluruh negara dan terdiri pelajar miskin dapat RM100 juta berbanding sekolah Permata bawah isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor dapat RM100 juta.

Program Permata cuma ada 457 pusat jagaan kanak-kanak dan mendidik 17,565 kanak-kanak.

Woi Rosmah dapat RM100 juta untuk 17,565 budak banding tadika Kemas RM7 juta dengan 738 kelas dan 18,000 pelajar. Itu baru di Kedah sahaja.

Kalau nak banding Kemas bagi seluruh negara ada 7,000 dengan 240,000 pelajar. Anda gelak la politik Umno ni. Saya dah bosan nak gelak.

Lebih RM7 Juta Diperuntukkan Untuk Tadika Kemas Di Kedah

JITRA, 16 Jan (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memperuntukkan sebanyak RM7.3 juta untuk pembangunan kemudahan tadika-tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh Kedah bagi tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata daripada jumlah berkenaan lebih RM5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf peralatan-peralatan supaya sistem pendidikan peringkat tadika dapat dipertingkatkan.

"Bagi negeri ini, tiga kelas baru akan dibuka kerana jumlah pelajar semakin meningkat, lokasinya telah dikenalpasti dan akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan bersama waris-waris pelajar tadika Kemas Dewan Undangan Kota Si Puteh dan kaunter khidmat rakyat, di Kodiang dekat sini pada hari Sabtu.

Katanya setakat ini terdapat 738 kelas tadika Kemas di negeri ini, dengan bilangan pelajar melebihi 18,000 orang pada tahun ini, berbanding lebih 17,000 pelajar pada tahun lepas.

Beliau berkata peningkatan pelajar setiap tahun menunjukkan kemudahan tadika Kemas sangat penting terutama di kawasan luar bandar kerana tidak banyak tadika persedirian beroperasi di kawasan berkenaan.

"Pendidikan di peringkat pra-sekolah perlu diberi tumpuan dan keutamaan, kerana sekiranya kanak-kanak mempunyai asas yang kuat dan kukuh dari segi ilmu, ia akan memudahkan mereka mencapai kejayan di peringkat rendah dan menengah," katanya.

Mohd Shafie berkata peruntukkan bagi tadika Kemas seluruh negara pada tahun ini pula mencecah RM100 juta.

Sementara itu, mengenai kaunter khidmat rakyat yang julung kali diadakan hari ini, beliau berkata sambutan amat menggalakkan dan ia memudahkan pihak kementerian mengenalpasti masalah yang dihadapi rakyat di peringkat akar umbi.

"Ini konsep pertama yang kita bawa untuk mendengar masalah dan rungutan rakyat, selepas dapat semua maklumat kita akan cuba selesaikan segera dan hari ini sambutan sangat menggalakkan, ramai masyarakat datang," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP