Syarikat RM2 punya pasal, Zahrain mengamuk

>> Ahad, Januari 31, 2010

Bila ada orang PAS, PKR atau DAP yang canggah dengan Menteri Besar semua tuduh kerana tidak dapat projek, CEO atau senang cakap tidak dapat memenuhi permintaan mereka.

Betul ke? Macam kes Zahrain Mohd Hashim, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang pun dituduh tidak dapat projek sebab itu beliau menuding macam-macam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Apa yang menjadi persoalan Zahrain ni pandai pula masa dia nak mengamuk dan ambil kesempatan atas isu kononnya lesen niaga orang Melayu ditarik, kedai do re me nak diroboh dan macam-macam lagi sokongnya pada orang hingga Guan Eng nampak buruk pada orang Melayu.

Read More...

Najib tidak berani bertindak keatas Ku Li

>> Sabtu, Januari 30, 2010

Ada sahabat mahukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah keluar sahaja Umno dan masuk PKR. Mungkin bagi Ku Li, PAS tidak sesuai dengan idealismenya. Jadi masuk saja PKR.

Tetapi saya berpendapat biar sahaja Ku Li bersama Umno sehingga jawatankuasa disiplin Umno mengambil tindakan keatas beliau sama ada pecat atau gantung daripada Umno.

Ini lebih sesuai bagi menjaga kredibilitinya sebagai orang politik. Kalau dia bertindak sewenang-wenangnya ia mungkin setaraf Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir MAS. Jadi nama baik seorang ahli politik kena jaga.

Read More...

PAS keterlaluan dingin bila aduan terhadap kroni

"Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala'' (taat kepada pemerintah) terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli," kata Khalid Samad.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata demikian apabila menerima hukuman gantung jawatan yang dikenakan ke atasnya disebabkan cara beliau menegur Dr Hasan yang dianggap memudaratkan Pas.

Read More...

Bila Saiful kena Najib teringatkan Isa

Kesian juga kita tengok Mat Rempit kena penjara 2 tahun dan denda RM7,000 kerana semua orang tahu bukan dia seorang yang merempit. Ramai lagi tetapi terlepas. Nanya beliau kerana dia mangsa keadaan.

Sebut sebagai mangsa keadaan sama macam bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Isa Samad apabila beliau digantung kerana didapati bersalah rasuah atau disebut Umno, `politik wang' dalam kempen pemilihan Umno.

Ah! `Melayu mudah lupa' tak ingat pulak tahun pemilihan Isa dapat jawatan Naib Presiden Umno tetapi kalau pembaca rajin search sahaja kat internet.

Read More...

Rais geng Najib, perbodohkan rakyat Kelantan

Kata Rais anak Yatim "Bagi sesetengah orang yang lupa asal-usul, mereka terus memberi ceramah dan membangkitkan isu yang bukan-bukan." Apa maksud Rais ni. Masya Allah, kalau niat dia tuju kepada Ku Li kawan dia semasa Semangat 46.

Read More...

Bagus dailog NGO Islam kerana mereka pun tidak faham

>> Jumaat, Januari 29, 2010

Amat baik kita adakan dailog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana ada beberapa perkara mereka pun tidak faham sehingga membawa banyak kecelaruan.

Ia juga mengelak pandangan serong NGO Islam dan masyarakat Melayu terhadap PAS dalam menangani isu kalimah Allah.

Menurut kajian sokongan orang Melayu terhadap PAS merundum berikutan isu nama Allah. Oleh yang demikian PAS perlu mengambil langkah segera memperbaiki hubungan dengan NGO Islam dan orang Melayu jika mahu memulihkan kembali keadaan.

Read More...

Alamak! Khalid silap sasaran

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kalau hendak menjatuhkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sepatutnya buat repot kepada kerajaan negeri Selangor kerana tindak tanduk Hasan membelakangkan semangat persefahaman kerajaan negeri dan kerajaan negeri sepatutnya siasat dan hukum Hasan.

Apabila laporan itu dibuat kepada PAS maka siasatan dibuat sebaliknya Khalid yang kena gantung 6 bulan. Sementara Hasan hanya diberi amaran bertulis, berkuat kuasa hari ini.

Read More...

Siapa penghuni istana kawan Najib di Kijal, Terengganu

Besaarnyaa...! Istana siapa diatas bukit tu.... Hantu punya. Wah istana hantu pun dah bentuk moden. Tidak menggerunkan. Dengar khabar hantu duduk. Tuan dia lebih selesa dok Istana kerajaan.

Read More...

Najib sekat royalti diberi kepada kapitalis

(Gambar: Puluhan ribu hadir mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak)



Rakyat Kelantan dinafikan royalti. Kata Tengku Razaliegh Hamzah, royalti Kelantan sudah cecah 2 billion sejak minyak ditemui di Kelantan pada 2008.

Read More...

Projek bermewah Najib menghangus duit

Kenapa kita sebagai negara membangun harus melebur duit terlibat dengan permainan mewah ini. Apakah kerana sebahagian pelaburan mengalir ke pokek golongan pemerintah? Sedarkah kita ini adalah cara baru penjajahan kapitalis mengaut wang hasil bumi kita.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek (kanan) dan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kiri) melihat dengan lebih dekat kereta Mercedes GP Petronas Formula One Team selepas melancarkan Petronas Malaysian Grand Prix 2010 di sini, hari ini. Turut sama Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican (belakang) dan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Mokhzani Tun Mahathir. - foto BERNAMA

Israel turut membuat sekatan di laut, tembak nelayan

Tindakan sekatan Israel keatas Semenanjung Gaza bukan sahaja berlaku di darat malah dilautan pun kapal tentera Israel berlegar menyerang nelayan Palestin.

Read More...

Najib! Ini berita paling baik sambut tahun baru

>> Khamis, Januari 28, 2010

Dalam sambut tahun baru, sehingga setakat ini tajuk berita Malaysiakini, Rais: Media tradisional jangan jadi alat propaganda adalah yang terbaik setakat ini.

Apakah selepas ini Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim akan membuat kenyataan lain sebagai dalih seperti mana kenyataan beliau mereka yang meminta maaf tidak akan dihukum sebalik esoknya beliau berkata hanya mahkamah yang boleh memaafkan penulis blog AdukaTaruna.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata internet yang mencetuskan satu fenomena perubahan baru di seluruh dunia, membolehkan orang ramai membaca apa sahaja yang ingin dibaca mereka.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Kewartawanan yang Bebas dan Bertanggungjawab di Port Dickson, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Azmi Ali.

Rais berkata wartawan perlu bebas dalam melaksanakan kewajipan membekalkan maklumat kepada orang ramai dengan mematuhi beberapa peraturan mudah, seperti yang pertama kewajipan utama adalah terhadap kebenaran, kesetiaan penuh kepada rakyat, perlu berdisiplin untuk membuat pengesahan terhadap setiap laporan, dan kekal bebas daripada kongkongan pihak yang dilaporkan.

Beliau berkata di negara-negara tanpa kebebasan akhbar, majoriti wartawan yang membuat laporan berita mungkin tidak mematuhi standard kewartawanan ini.

"Media yang dikongkong sering dilarang daripada mengkritik kerajaan dan dalam banyak kes, ia dikehendaki menyebar propaganda, seolah-olah propaganda ini adalah berita.

"Pelbagai bentuk tapisan pula dikenakan yang mungkin menghadkan laporan berita berhubung isu-isu yang dianggap sensitif oleh kerajaan," katanya.

Katanya para wartawan setiap hari berhadapan dengan risiko yang ditampilkan menerusi undang-undang media yang ketat, dan ancaman seperti kemungkinan lesen penerbitan tidak dibenarkan untuk diperbaharui, saman, denda atau penjara, serta gangguan dalam pelbagai bentuk campurtangan kerajaan di bilik berita.

Rais berkata selaras dengan kemunculan pelbagai isu dan cabaran ini, badan Society of Professional Journalists (SPJ) ditubuhkan pada tahun 1909 di Amerika, khusus untuk menggalakkan amalan kewartawanan yang bebas di samping menjana standard tinggi etika perlakuan.

Menurutnya SPJ menampilkan kod etika secara sukarela untuk dijunjung oleh ribuan wartawan tapa mengira tempat atau platform, dan ia diguna pakai secara meluas di bilik-bilik berita ahupun kelas-kelas latihan sebagai garis panduan bagi perlakuan beretika.

Kira-kira 60 peserta dari Malaysia dan negara-negara Selatan seperti Azerbaijan, Brunei, Kemboja , Fiji, India, Sri Lanka, Venezuela dan Vietnam mengambil bahagian dalam persidangan dua hari itu.

Read More...

Mahmud Abbas sekat minyak ke Gaza

Sumber rasmi komersil Kesatuan Eropah di al-Quds mendedahkan bahawa kesatuan tersebut menghentikan jual beli bahan bakar untuk operasi industri elektrik di Semenanjung Gaza sejak pertengahan bulan November 2009 kerana permintaan autoriti Ramallah yang dipimpin oleh Mahmud Abbas.

Pihak komersil Kesatuan Eropah di al Quds (Jerusalem), Shadi Othman berkata: "Kesatuan Eropah dan autoriti Palestin telah berbincang pada awal November lalu, tentang masalah sumber kewangan terhad yang diaplikasikan oleh Kesatuan Eropah untuk menyokong autoriti Palestin di Ramallah. Maka disepakati dengan autoriti Ramallah untuk mengklasifikasi kepentingan prioriti dalam sokongan yang diberikan kepada autoriti Ramallah."

Read More...

Mohamad Sabu ada Padang Mat Sabu

Bekas Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu walaupun tiada title Tok Guru, Datuk atau apa-apa pangkat tetapi orang Seksyen 27, Shah Alam menghormati beliau malah padang di sini diberikan nama beliau.

Setiausaha Kerja Exco, Hussein Ahmad berkata kawasan rumah saya berhampiran padang di seksyen tersebut dijadikan lokasi ceramah besar-besaran semasa isu reformasi tengah hangat.

Read More...

Ada ketikanya kita berilmu tetapi rupanya tidak berakhlak

Saya ada terbaca di blog AdukaTaruna menyentuh tulisan saya sebelum ini. Bagaimanapun saya sudah malas nak layan kawan AT menulis dengan fahaman yang lekeh. Lagipun dia menyiarkan komen orang menyokong dia sahaja. Komen hentam dia, digelap. Nampak sangat ramai penyokong dia.

Barangkali antara kita ada perbezaan ketara walaupun dalam keadaan tertentu ada kearah persamaan. Namun persamaan itu diatas nawaitu masing-masing. Bagaimanapun kita mendoakan persamaan itu menuju kearah satu iaitu keredhaan Allah SWT.

Read More...

Masjid at-Tawhid di Port-au-Prince, Haiti tidak runtuh

"Kami berehat sekejap, tidak lama kemudian kami terasa gegaran kuat. Semua orang menjerit dan mengucap syahadat serta keluar ke jalan raya. Segala puji bagi Allah, tidak ada yang mengerikan berlaku kepada masjid, ketika semua bangunan runtuh. Masjid berdiri kukuh dicelah runtuhan bangunan malah ketika itu masjid tidak bergoyang. Sekarang ia masih berdiri tegap tanpa senget," kata seorang jurucakap dan saksi terselamat dalam kejadian gempa di Haiti.

Read More...

Najib rancang lulus dakwat kekal?

>> Rabu, Januari 27, 2010

Melihat kepada kesungguhan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pengundian awal bukan sahaja kepada anggota keselamatan tetapi juga meliputi doktor, jururawat, wartawan, juruterbang dan kakitangan penerbangan, maka tidak hairan kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia meluluskan desakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menggunakan dakwat kekal.

Mereka yang terlibat dengan sektor tersebut mengundi awal sebagaimana yang dilakukan anggota keselamatan. Kemudian pada hari pengundian awam, mereka ini diperguna sekali lagi untuk mengundi.

Read More...

Dua kepala babi di kawasan masjid, Taman Sri Sentosa

Petaling Jaya: Dua kepala babi ditemui oleh jemaah solat Subuh dalam kawasan masjid berhampiran pondok pengawal keselamatan Masjid al-Imam at-Tarmizi, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini, pagi tadi.

Imam satu masjid itu, berkata beliau diberitahu seorang jemaah solat Subuh tentang bungkusan kepala babi berhampiran pondok pengawal keselamatan masjid dan tempat laluan pintu utama.

Menurut beliau, sebelum itu seorang jemaah melihat dua bungkusan dengan surat khabar diletakkan di situ sebelum waktu solat Subuh.

Read More...

Khalid: Jangan jual tanah

Sungai Buloh: Rakyat Selangor dinasihatkan jangan menjual tanah yang mereka duduki sekarang yang bertaraf hak menduduki sementara (TOL) kerana kerajaan dalam usaha program meluluskan geran kekal kepada pemilik tanah.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan orang miskin yang tidak mampu membayar premium tanah akan diberi kemudahan membuat bayaran secara bertangguh.

Read More...

Najib diminta sertai Barat hentikan sekatan Israel

Selepas Ahli Parlimen Eropah mengunjungi Semenanjung Gaza dan menyatakan kesediaannya memohon bantuan pemerintah supaya menekan Israel bagi menghentikan sekatan dan kepungan tidak berperikemanusiaan keatas Gaza.

Ia kemudiannya diikuti pula para anggota Kongres Amerika Syarikat meminta Presidennya Barack Obama melakukan tekanan kepada entiti Zionis dalam rangka menghentikan sekatan Israel yang dikenakan kepada Semenanjung Gaza selama hampir empat tahun.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta memainkan peranan aktif bagi menggerakkan pemimpin negara sebelah Timur untuk menekan Israel supaya menghentikan sekatan tersebut.

Read More...

Dalam rakyat terpinga Najib naikkan harga roti

>> Selasa, Januari 26, 2010

Dalam rakyat sibuk bincang isu kalimah Allah kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal tahun ini telah menaikkan harga roti.

Bagaimanapun isu kenaikan harga roti terkambus dengan isu kenaikan harga gula disamping isu lain yang menutup ruang rakyat marhean bersuara untuk menyatakan bantahan berikutan kenaikan harga barang itu.

Atau apakah pemimpin parti politik tidak berapa minat menyatakan bantahan tentang kenaikan harga barang kerana ia hanya isu bagi rakyat low class bukan medium atau height class. Ikuti laporan di http://rajaida.blogspot.com/

Jangan jadi macam Mahathir baru Najib nak tolong rakyat Palestin

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak akhir ini cergas dalam sumbangan kemanusiaannya kepada rakyat Palestin yang disekat dan dikepung Israel. Beliau juga akan menjadi ketua misi Viva Palestina yang terakhir setelah kejayaan viva pertama. Difahamkan terdapat lima kumpulan konvoi yang telah diatur atas nama kemanusian.

Bagaimanapun apa yang kurang difahami kenapa aktiviti itu tidak diuruskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang boleh dipertanggungjawabkan kepada kementerian luar sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Turki.

Read More...

Najib pun tahu ada hari boleh dibalas

Terdapat sahabat blog menyebut apa yang tertimpa kepada AdukaTaruna mungkin ia kifarah tetapi saya tidak mahu menghukum namun kebenaran sahabat blogger kita ada juga sandaran.

Lagipun kalau kifarah atas dunia lebih baik kerana ia menunjukkan Allah SWT sangat sayang kepada kita dan menghapuskan dosa kita semoga kita tetap menjadi ahli syurga.

Selama ini kita terlalu seronok mengfitnah dan mengutuk orang dengan bahasa kasar langsung tiada hati perut memahami perasaan orang lain. Jadi sekarang tiba pulak masa kita difitnah. Wah! Kita telah menjadi manusia paling amat melenting. Kita jadi gelabah bila difitnah. Siap mahu guna peguam sebagai benteng. Ugut pula nak saman.

Read More...

Nik Aziz disukai bukan Islam, Abdul Hadi sudah lama pertahan Cina

”Tok Guru Hadi Awang kata, dia jamin keselamatan orang Cina, dia kata kalau Umno bawa 10,000 orang pemuda untuk melakukan sesuatu kepada orang Cina, beliau akan mengerahkan 10,000 pemuda PAS, melindungi orang Cina,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Leong Ngah Ngah.

”Saya menangis bila ingat kesah dengan Tok Guru Hadi Awang, waktu itu sepuluh tahun lalu, Tok Guru pergi ceramah di tempat saya di Triang, semua orang Melayu, saya satu orang Cina,” ujarnya memulakan ucapan pada Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Tionghua Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di Kemaman, Sabtu lalu, 23 Januari.

Sehubungan itu, para blogger yang mengutuk Tok Guru Abdul Hadi Awang boleh semak diri dan bandingkan kerja dan usaha yang telah lama dilakukan Presiden PAS itu dengan masyarakat bukan Islam. Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pula terus menjadi perintis kearah meneruskan kesinambungan hubungan dengan bukan Islam sehingga akhirnya berjaya mengwujudkan Kelab Pengokong PAS.

Read More...

PAS boleh saman AdukaTaruna, Najib boleh beri tawaran

>> Isnin, Januari 25, 2010

Saya kesian juga dengan AdukaTaruna kerana dia tidak sebut pun nama sesiapa walaupun kalimah sultan sekalipun tetapi orang lain yang pandai-pandai buat ulasan, kenapa?

Namun saat gurau aduka pun tak kena dengan masa. Gurauan mengutuk aduka pun bukan baru. Presiden PAS pun sudah jadi mangsa maka tiba pula masa aduka dikutuk. Baru seri.

Kalau kita tengok anak kecil kita gurau, gelak dan gembira sakan, kita kena berhati-hati kerana selepas gembira biasanya bawa menangis.

Read More...

Al-Aqsa mungkin runtuh, Najib diminta desak dunia

Masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia melalui Perdana Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mendesak Yahudi menghentikan pembinaan terowong dibawah masjid al-Aqsa kerana mendapan dan keruntuhan tanah sudah berlaku disekitar masjid itu.

Sehubungan itu gerakan Islam seluruh dunia perlu menemui ketua pemerintah masing-masing supaya kementerian luar boleh membuat sesuatu memberi tekanan kepada Amerika dan Israel supaya menghentikan penggalian terowong tersebut.

Ketua Hakim Palestin, Syaikh Taysir Tamimi berkata kemungkinan keruntuhan masjid Al-Aqsa akan berlaku kerana penggalian yang dilakukan oleh zionis Yahudi di bawah lantai masjid dan sekitarnya.

Read More...

Najib! Rakyat bawah PR sudah kecap nikmat

Masyarakat di Kuala Selangor sudah tentu tidak sia-sia memilih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahm menjadi Menteri Besar Selangor.

Khalid yang didakwa oleh pihak tertentu tidak pandai berpolitik hanya pandai dalam bidang ekonomi tidak benar sama sekali.

Ini kerana belum sampai dua tahun mentadbir Selangor, berapa ramai rakyat Selangor yang dapat mengecapi nikmat hasil kemewahan negeri yang termaju itu. Laporan penuh http://rajaida.blogspot.com/

Najib boleh selamatkan AdukaTaruna

Orang Umno antara yang suka membaca blog AdukaTaruna kerana dia lebih gemar menulis negetif tentang PAS berbanding Umno. Orang Umno yang tidak tahu pun jadi tahu kerana aduka berjaya lodeh seluar dalam PAS.

Kalau aduka mahu selamat, bermula hari ini tambah posting agenda serangan PAS dan pemimpin PAS, sudah pasti ICT Umno akan bantu rekmen kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai blog special brand Umno. Kalau aduka mahu boleh tambah peruntukan.

Title Blog wok yet. Orang berblog sukar dapat anugerah tu tetapi aduka mudah-mudah dapat. Bila lagi mahu ranking?

Read More...

Patients in Ramle prison hospital complains of delay in treatment

[ 24/01/2010 - 10:58 AM ]

OCCUPIED JERUSALEM, (PIC)-- Palestinian prisoners held in Ramle prison hospital have complained that the hospital's administration deliberately delays their treatment

Read More...

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP