Hati pemimpin Mesir gelap gelemak

>> Khamis, Januari 07, 2010

Lebih 14 organisasi Eropah akan berdemontrasi depan kedutaan Mesir di seluruh benua Eropah mengutuk tindakan kekerasan pasukan keselamatan Mesir keatas anggota konvoi kemanusiaan `Lifeline 3' di pelabuhan Mesir El Arish, yang menyebabkan aktivis antarabangsa tercedera parah.

Sementara itu Mesir tetap keras untuk membenarkan 59 kenderaan konvoi daripada 220 ke Gaza.

Rundingan antara pihak berkuasa Mesir, konvoi Viva Palestina yang diketuai pengasasnya, George Galloway dan pihak berkuasa Turki sudah berakhir.

Konvoi Viva Palestina akhirnya terpaksa akur dengan permintaan Mesir supaya meninggalkan 59 daripada 220 kenderaan konvoi di Mesir.

Galloway berkata satu persetujuan dicapai iaitu 59 kenderaan itu akan dihantar ke kem pelarian Palestin di Syria dan Lubnan.

Tunjuk perasaan itu oleh anggota Viva Palestina sebagai membantah keputusan Mesir melarang 59 kenderaan konvoi dibawa keluar dari pelabuhan El-Arish untuk dibawa ke Gaza.

Polis Mesir bertindak ganas terhadap mereka selepas tiga jam anggota konvoi itu menunjuk perasaan di hadapan pintu masuk dan keluar keselamatan di pelabuhan itu.

Empat anggota konvoi yang parah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut di hospital berdekatan.

Semasa berita ini ditulis, konvoi Viva Palestina masih berada di pelabuhan El-Arish, menunggu lampu hijau daripada pihak berkuasa Mesir untuk meneruskan perjalanan sejauh 40km lagi untuk sampai ke Rafah.

"Koalisi Organisasi Solidaritas untuk Rakyat Palestina" di Eropah menegaskan bahawa demonstrasi di benua Eropah itu akan dilaksanakan secara serentak di semua kota besar Eropah.

Tunjuk perasaan itu dalam rangka usaha untuk menghentikan provokasi dan penghinaan yang dilakukan pemerintah Mesir terhadap para anggota konvoi kemanusiaan yang akan menuju Semenanjung Gaza dan sebagai kecaman keatas keganasan terhadap para anggota konvoi kemanusiaan.

Demo tersebut dijangka disertai ribuan orang masyarakat Palestin di seluruh benua Eropah, masyarakat Arab dan masyarakat Muslim, serta para aktivis solidaritas internasional untuk Palestina dan organisasi hak asasi manusia.

Sementara itu Bernama melaporkan Ibrahim Mohd Azmi, rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana terbabit dalam tunjuk perasaan pada malam Selasa, dibebaskan pada jam 3.30 petang waktu tempatan.

Ibrahim, pelajar perubatan Universiti Bristol United Kingdom, yang kelihatan letih selepas ditahan selama 15 jam di balai polis berdekatan, terus menghubungi keluarganya sebaik tiba di bandar pelabuhan ini.

Beliau kemudian menyertai semula konvoi Viva Palestina yang menanti masa untuk meneruskan perjalanan ke Rafah sebelum memasuki Gaza untuk menghantar bantuan kemausiaan kepada rakyat Palestin.

Beliau yang ditemui Bernama TV bersyukur dengan pembebasannya dan menyifatkan pengalaman dalam lokap selama 15 jam tidak seteruk anggota konvoi yang lain.

Katanya, beliau langsung tidak diberi makanan dan minuman sepanjang ditahan, malah telefon bimbitnya dirampas. "Alhamdulilah, tak teruk pun. Kena pukul biasa-biasa aje, ditahan di lokap antara 14 hingga 15 jam tanpa sebarang kemudahan asas.

Telefon bimbit turut dirampas dan menyebabkan tidak boleh berhubung dengan sesiapa," katanya.

Pada kejadian itu, lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di sini pada 11.40 malam hari Selasa waktu tempatan.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP