Bakar gereja bukan akhlak Islam

>> Sabtu, Januari 09, 2010

Nabi saw tidak pernah menunjukkan contoh bakar gereja atau tempat ibadah agama lain. Oleh demikian kenapa mesti ada orang melakukan tindakan ganas membakar gereja.

Maknanya tindakan membakar gereja adalah perbuatan melampau dan ia bukan ajaran Islam. Jika orang Islam melakukannya, ia berdosa dan ia bukan seorang berakhlak baik.

Sebab dalam perang sekalipun Allah SWT melarang merosakkan tempat ibadah orang lain. Sedangkan masa perang kemarahan cukup membara, meruap-ruap... kalau orang putih nampak kemerahan di mukanya bila marah tetapi Allah SWT tetap mendidik supaya bersopan dalam perang iaitu ketika marah sekalipun terhadap orang agama lain namun tidak boleh memusnahkan tempat ibadah mereka.

Lihat bagaimana Allah SWT melahirkan kecintaan kepada keharmonian dan menjaga kemusnahan tempat ibadah orang Islam dan orang lain.

Jika Allah tidak menghalangi serangan sebahagian kelompok melalui segolongan manusia lainnya, maka segala bentuk pusat peribadatan akan musnah. Tempat ibadah agama Yahudi akan hancur demikian juga pusat kegiatan penganut kepercayaan spiritual, mesjidpun akan punah. Sekelompok manusia melakukan serangan hingga tak seorangpun dibiarkan bebas menyembah Tuhan dalam segala bentuk peribadatan.

Ini mengingatkan semua pihak menghormati hak orang lain. Niat pihak lain kita tidak tahu hanya Allah yang tahu.

Serangan terhadap tiga gereja, satu daripadanya menyebabkan kebakaran teruk, bercanggah dengan Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri," katanya, mengulas insiden mengejutkan itu.

Katanya, begitu banyak ayat dari Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW yang melarang penganut Islam dari mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka.

Bahkan, katanya, dalam setiap kali peperangan yang Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar Raasyidin terlibat, para sahabat sangat berpegang teguh kepada pesanan Nabi Muhammad SAW untuk tidak membunuh paderi dan tidak merosakkan rumah ibadat mereka. Itu dalam suasana perang, apatah lagi dalam suasana aman seperti yang ada pada hari ini.

Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP