Dewan advokasi hubungan Islam-Amerika (Cair), menyerukan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, untuk menghentikan penghinaan terhadap para wanita berjilbab disemua airport di Amerika.
Penghinaan ini makin kerap berlaku apabila peraturan baru ditetapkan oleh pihak keselamatan pengangkutan AS memeriksa dengan ketat para penumpang yang mendarat dan akan terbang di airport terutama antara bandar di AS.
Pengarah Eksekutif Cair, Nihad Awad, berkata bahawa organisasi mereka telah menerima banyak keluhan atas "penghinaan" yang diterima kaum muslimah berjilbab di airport AS.
Beliau menambah, sebelum ini presiden AS dalam sambutan pidatonya di Cairo beberapa masa lalu, menyatakan akan membela hak-hak wanita berjilbab dan berpendapat pemakaian jilbab adalah hak asasi golongan wanita muslim.
"Namun alih-alih, Cair yang membela jilbab, telah menerima pengaduan bahawa muslimah berjilbab telah mengalami penghinaan dan dinyatakan bahawa jilbab ketika ini menjadi salah satu indikator pihak airport bertindak sewenang-wenang melakukan inspeksi dan hal tersebut tidak dilakukan ke sebahagian besar penumpang yang memakai rok.
Dan menjadi penegasan bahawa pihak airport memperlakukan pemeriksaan yang sangat ketat hanya kepada muslimah yang berjilbab, sedangkan sepatutnya semua orang harus tunduk kepada prosedur yang sama," ujarnya.
Niwad Awad berkata: "Target kepada umat Islam di airport di AS ketika ini muncul kembali dan tersebar keseluruh negeri dan kami protes tindakan diskriminatsi tersebut berdasarkan kerana agama dan bukan kerana perilaku orangnya."
Cair yang memiliki 36 pejabat di seluruh AS, juga menyatakan bahawa standart baru tersebut hanya diterapkan kepada subjek teroris dan dari 13 negara Arab dan negara Islam yang mengalami prosedur pemeriksaan yang ketat sebelum menaiki pesawat dan khusus kepada muslim Amerika.
-
0 comments:
Catat Ulasan