Pemimpin PAS ada peluang pakai mercedes

>> Ahad, Januari 10, 2010

Selepas demontrasi di Kedutaan Mesir hari Jumaat (7 Jan) lalu saya bertemu kawan lama, nama ringkas Raja bekas pegawai pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat dan sekarang orang kuat pemuda PAS di Perak, sejak balik belajar dari luar negeri dan PAS bersama pakatan rakyat (PR) menang di Perak.

Sempat juga bertanya khabar tentang kesihatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang terlibat dalam kemalangan.

Raja berkata kepada kami: "Tak kuat kereta Camry..."

"He he he ada peluang orang PAS pakai mercedes..." tapi kata-kata saya itu tidak sempat beliau dengar kerana nampak sibuk nak ke lain.

Jadi ucapan saya itu cuma didengar Habib dan geng kanan Datuk Kamaruddin Jaafar je la.

Ada la juga buah gelak lepas penat demo. Gelak sinis... kah kah kah...

Alhamdulillah, hari ini pada jam 12.30 tengahari tadi,DS Haji Nizar telah keluar dari hospital besar Ipoh dengan diiringi oleh isteri beliau. Ramai yang datang dan mengerumuni beliau untuk mengucapkan 'selamat'.

Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada pukul di Jalan Raja Nazrin Shah, Ipoh pada khamis, 7 Januari lalu. Beliau hanya mengalami kecederaan ringan dan luka kecil di siku kanannya dengan hanya satu jahitan.

Hj Nizar yang terlibat dengan kemalangan jalanraya pagi tadi ditahan oleh pihak hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk pemeriksaan lanjut. Kecedaraan yang dialami hanyalah cedera ringan, luka di tangan kanannya dan sedikit luka di mukanya terkena serpihan kaca. Beliau ditahan dihospital kerana keadaan darah tingginya yang naik mendadak. Orang ramai tidak perlu bimbang tentang keselamatannya.

Kemalangan berlaku di hadapan bangunan Pejabat UMNO Negeri Perak, ia bukan bermotif jenayah atau politik, Hj Nizar yang memandu sendiri keretanya dari kediamannya di Sungai Rokam menuju bandaraya Ipoh kerana temujanji dengan doktor gigi. Kereta yang dipandunya hilang kawalan apabila cuba mengelak sebuah kereta yang meluncur laju keluar dari satu persimpangan. Akibatnya keretanya terbalik dan mengalami kerosakakan yang teruk.

Ramai pihak yang tidak puas hati kerana mengabaikan keselamatan Hj Nizar, pihak PAS juga turut dipersalahkan kerana tidak menjaga keselamatannya sehingga membiarkan beliau memandu seorang diri. Suka saya jelaskan, sejak akhir-akhir ini Hj Nizar sering memandu sendiri kenderaannnya apabila keluar rumah yang tidak jauh dari kediamannya terutama untuk menghadiri mesyuarat, berjumpa doktor dan sebagainya. Sebelum ini Hj Nizar keluar dengan pemandu sukarela dari kalangan anggota Unit Amal PAS Perak secara bergilir-gilir.

Pembantu khasnya sdr. Amran ada menghubunginya malam tadi untuk menemankannya berjumpa doktor di Ipoh, tetapi beliau tidak mahu menyusahkan sdr. Amran yang sering menemaninya ke mana sahaja beliau pergi, beliau mengatakan boleh memandu sendiri kerana tempatnya pula tidak jauh.

Tanggapan mengatakan pihak PAS mengabaikan keselamatannya adalah tidak benar sama sekali. Inilah sikap Hj Nizar yang sebenar yang wajar dipuji, walaupun kedudukannya sebagai ahli politik yang terkenal, dihormati dan disegani, namun beliau tidak pernah lupa asal usulnya yang dulu ke mana sahaja beliau pergi, beliau sering memandu kereta seorang diri. Sekali sekala beliau ingin juga memandu kereta sendiri untuk menghadiri mesyuarat di pejabat PAS Ipoh, balek ke kampung orang tuannya bersama keluarga, menghadiri jemputan kenduri kendara yang tidak jauh dari kediamannya.

Alhamdulillah kita besyukur kepada Allah swt, Hj Nizar selamat dan masih boleh meneruskan perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan. Semuga tragedi yang menimpanya tidak mematahkan semangat dari terus berjuang.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP