Orang peka kalimah Allah lagi daripada keganasan Mesir

>> Jumaat, Januari 08, 2010

Semasa berjalan menuju ke bangunan Tabung Haji sebelum solat Jumaat, sempat juga bersembang dengan pekerja Indonesia yang mahu sekali pergi solat.

(Gambar: Umat Islam berdemo di Masjid Negara selepas solat Jumaat. Ini demo isu bantah guna kalimah Allah oleh Kristian)

Perwatakan cukup warak dengan jamban ala Taliban tetapi pendek sedikit. Saya sapa beliau dengan memberi salam dan dijawab dengan mesra.

Selepas bertanya khabar saya sempat memberitahu beliau bahawa kami umat Islam mahu mengadakan demontrasi membantah kekejaman Mesir terhadap anggota konvoi kemanusiaan `Lifeline 3' sehingga ada yang cedera parah dan berlumuran darah.

Balas kawan yang baru dikenali itu: "Saya ingat demo pasal itu kalimah Allah." dalam loghat Indonesianya.

Dalam hati saya, rupanya demontrasi isu kalimah Allah lebih berpromosi daripada tunjuk perasaan isu keganasan Mesir.

Malah baik media maya semua melaporkan demontrasi kalimah Allah daripada demo yang saya serta di konsulat Mesir.

Orang ramai rakyat Malaysia dan juga Indonesia lebih tahu hari ini akan diadakan demontrasi.

Sebaliknya mereka lebih tahu dan maklum demontrasi itu ialah tunjuk perasaan kalimah Allah yang diwar-warkan media.

Jadi demo Mesir tenggelam walaupun helikopter polis sering berlegar di kepala kami yang sedang berdemo di depan kedutaan Mesir tetapi heli itu nampaknya terpaksa berkejar jauh ke Masjid Negara pasal di situ ada demo kalimah Allah.

Oleh kerana itu barangkali demo kutuk Mesir kurang sambutan hanya sekitar lebih kurang seribu sahaja yang ada melaungkan dan mengecam Mesir.

Demontrasi hari ini pulak berjalan aman. Polis hanya lihat dan biarkan kami mengutuk Mesir panjang-panjang. Mungkin polis tidak kisah sangat demo depam kedutaan Mesir tapi kalau Amerika dia cukup jaga.

Barangkali juga bila ada demo lain dibuat serentak dan demo dia tu tidak ada kekerasan maka demo Mesir pun selamat.

Apa yang saya dengar khabar ramai orang berdemo isu kalimah Allah terutama di Masjid Negara. Bagaimanapun kata Habib sahabat saya yang kerja di Harakah memberitahu ramai tapi tidak bersemangat.

"Demo ni kalau nak semangat mesti PAS juga lead," katanya. Betulke? PKR pun apa kurang hebatnya berdemo. Ya juga eh!

Bagaimanapun begitulah penerimaan rakyat. Sejauh mana mereka faham isu kalimah Allah. Wallahu aklam tetapi selagi sikap Umno bermain sentimen perkauman selagi itu rakyat serign celaru.

Umno telah mempolitik isu tersebut dan kesan sudah mula terasa apabila kita dengar gereja dibakar. Perdana Menteri, Najib nafi kerana Umno tetapi semua pihak tahu kesan propaganda Umno tentang isu kalimah Allah akhirnya memberi natijah busuk.

Umno nampak sengaja timbul ketegangan apabila mereka mula terdesak dan sering mencari isu demo kepentingan politik Umno bukan kerana Islam pun.

Pasal semua orang tahu sejak bila umno jadi perjuang Islam?

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP