Itu tauk posting agendadaily. Tajuk ini banyak boleh diterima daripada pelbagai ragam bentuk, cara dan pandangan. Pandangan pakatan rakyat sangat setuju dengan tajuk tersebut. Memang betul tanpa persoal.
Namun bagi Umno ia dipersoal. Biarlah Umno. Lantak dia tetapi nampaknya orang ramai sudah boleh terima tajuk itu. Tengok apa untunya 1Malaysia melainkan banyaknya kehancuran.
Enjin jet boleh hilang, bakar gereja sebab perkauman, mayat boleh hancur dan yang lucu Najib baru teropong rumah program perumahan rakyat miskin (PPR).
Bodek lagi media maya itu ... jangan buat penghakiman kerana kejadian bakar gereja - Najib.
Rakyat tidak menghakimpun tetapi persepsi rakyat macam tu. Persepsi itu pun lahir berikutan kejadian dan kenyataan Umno sendiri yang boleh mengundang gejala tersebut.
Umno kena ingat kata Profesor Dr Hassan Hasbullah, persepsi boleh jadi informasi dan ini yang rakyat bimbang kerana informasi itu sudah ada.
Nak bagi adil kat dia kita ambil sikit taruk kat sini:
Pada ketika para pemimpin pembangkang cuba guna habis-habisan isu bakar gereja yang gemparkan negara untuk gambarkan konsep 1 Malaysia yang dipeloporinya sudah hancur,Datuk Seri Najib Razak menjawab siapapun tidak boleh buat penghakiman berdasarkan tindak tanduk dua tiga orang yang lakukan perbuatan itu.
"1 Malaysia tidak terjejas,"tegasnya.Perdana Menteri berkata pada sidang akhbar lepas melancarkan program Juara Rakyat di Bukit Beruntung,Hulu Selangor pagi Sabtu jangan asyik menuduh UMNO bila saja ada masalah atau bila ada gereja dibakar.
Menurut Najib kerajaan dan majoriti rakyat negara ini perbuatan itu serta mahu mereka dibawa ke muka pengadilan.
Kepada satu soalan Najib juga berkata buat masa ini tidak perlu diadakan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja untuk tangani isu kalimah Allah.
Dalam ucapannya semasa melancarkan program pertama Juara Rakyat itu yang dihadiri oleh ribuan orang Perdana Menteri antara lain menegaskan menegaskan UMNO bukanlah bukan parti perkauman yang menjulang kepentingan orang Melayu.
-
0 comments:
Catat Ulasan