Cendikiawan Mesir: Tembok besi akan jaga keselamatan Israel

>> Sabtu, Januari 09, 2010

Cairo: Cendikiawan dan sejarawan Islam Mesir, Thariq Al-Basyiri menyifatkan pembangunan tembok cerucuk besi oleh pemerintah Mesir di sempadan Gaza akan mengubah negeri itu sebagai penjaga keselamatan Israel. justeru itu ia melanggar keselamatan kebangsaan Mesir sendiri.

Dalam seminar di Pejabat Studi Sosialis di Cairo, Rabu lalu (6 Jan) yang dilaporkan oleh QudsPress, Basyiri menegaskan, seharusnya Mesir menganggap musuh utamanya adalah Israel dan bukan Semenanjung Gaza yang terterkepung.

Solusinya, agar Mesir menjaga keselamatan nasionalnya dan mencegah penyeludupan senjata melalui sempadan adalah dengan membuka pintu sempadan Rafah dan bukan menutupnya atau memdirikan tembok cerucuk besi, tegas Basyiri.

Ia menambah, tujuan asasi daripada tembok itu jelas untuk menjaga keselamatan Israel kerana semakin ketat sekatan secatan kepungan keatas Gaza.

Sejarawan Islam itu tidak nampak adanya kepentingan Mesir dalam membangun tembok tersebut akan semakin dekat Cairo dengan Wsahington agar peralihan kekuasaan kepada anak presiden Mesir, Jamal Mubarak semakin mudah.

Ia menegaskan, semua perjanjian di sempadan selalu berpihak kepada kepentingan penjajah dan menjadikan warga Palestin hanya manusia menumpang di wilayahnya sendiri.

Basyiri menilai tragedi di sempadan Mesir dan Gaza di Rafah yang menyebabkan seorang pasukan keselamatan Mesir meninggal dan beberapa orang Palestin cedera adalah kerana kesalahan kedua pihak. Beliau juga mengkritik cara Mesir tangani konflik dengan Semenanjung Gaza.

“Mesir harus tahu siapa musuh hakiki dan mana sahabat. Musuh adalah Israel dan Amerika yang memasuki wilayah Arab dengan 12 perang yang digelar selama 61 tahun. Namun itu hak Mesir dalam kedaulatan terhadap wilayahnya dan keselamatannya," katanya.

Namun Basyiri mengkritik adanya masalah ketika sebahagian pemimpin Mesir berbicara soal keselamatan negaranya sementara dalam masa sama mereka menganggap musuh sebagai teman.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP