"Saya tak suka,".... Tak suka dah la!

>> Isnin, Januari 11, 2010

"Saya tak suka." kata Songkok Putih.

... tak suka... tak suka faham, tak suka... tak suka la!

Kata Songkok Putih, webmaster Tranungkite, yang kedua, menggunakan ruang hantar artikel untuk menyampaikan mesej atau saja-saja buat test.

"Yang saya sebut ini telah banyak kali melakukannya.. saya tak ulas panjang, harap maaf saya tak suka," kata Songkok Putih.

Hujah?

"Saya tak suka." kata Songkok Putih.

Pendapat?

"Harap maaf saya tak suka." kata Songkok Putih.

Pandangan?

"Saya tak suka." kata Songkok Putih.

Macam ni payah nak cakap la... mati hujah. Ikut dia je la...

Laman tranungkite menyiarkan artikal bertajuk Iklan dan promosi laman. Posted on Saturday, January 09 @ 05:53:42 PST. Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih.

Sebelum ini saya ada email kepada webmaster tranungkite memberi pandangan supaya jangan delete link yang kita tulis diartikel kita walaupun link itu kepada blog penulis.

Di sini saya membicarakan pendapat saya dalam email tersebut dan saya tidak mahu ulas tentang lain yang diposting semula secara panjang lebar oleh webmaster kerana dalam beberapa hal saya setuju pendapat beliau.

Saya mengambil sikap kalau pun link tersebut orang lihat promosi kepada blognya tetapi ia berpatutan. Kerana apa?

Saya berpendapat menulis di tranungkite tidak diminta bayaran dan memang tranungkite tidak bayar pun.

Jadi apa salahnya kita ambil upah kita sedikit iaitu dengan promosi blog kita dalam artikel kita yang hok kita tulis.

Biasanya iklan dan promosi kena bayar tetapi penulis tidak bayar kepada tranungkite.

Penulis pulak menulis di tranungkite tetapi tranugnkite tidak bayar kepada penulis.

Jadi disini telah wujud satu persefahaman iaitu penulis menulis di tranungkite tanpa mengharapkan bayaran.

Namun begitu sekurang-kurangnya ada imbuhan atau pulangan kepada penulis walaupun tidak seberapa. Ini dipanggil perhargaan atau penghormatan. Tidak semestinya beri wang.

Persefahaman tadi telah wujud cuma penghargaan kepada penulis dinafikan.

Oleh yang demikian, sekurang-kurangnya... selekeh-lekehnya... sekoman-komannya apa salahnya kalau penulis meletakkan link blog penulis diartikelnya.

Maka di sini, sekurang-kurangnya... selekeh-lekehnya... sekoman-komannya wujud win-win situation.

Tadi sudah ada persefahaman tetapi ditambah saling persefahaman atau sama-sama menang. Tranungkite dapat artikel bermutu secara percuma. Penulis pula dapat memperkenalkan blognya secara percuma.

Penulis memberi berita terbaru secara percuma bukan berita atau artikel lapok manakala tranungkite pula memberi link promosi blog secara percuma.

Dalam soal dimana tempat untuk meletak link itu terpulang kepandaian penulis artikal kerana kemungkinan lik itu menjadi ayat kepada artikalnya.

Jika ada saling persefahaman maka bertambah erat ukhwah. Orang tua menghormati orang kecil. Orang kecil pulak menyayangi orang tua.

Maka aman dunia tiada antara pihak merasa pada perasaan kecilnya kerugian.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP