Anwar Sokong Pertemuan Islam-Kristian

>> Sabtu, Januari 09, 2010

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kepimpinan PAS mampu merintis dialog membina bersama masyarakat Kristian mencari penyelesaian berhubung polemik kalimah Allah.

Anwar berkata gerakan Islam terbesar tanahair bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat seluruhnya menunjukkan kematangan yang amat positif berbanding parti pemerintah dalam menangani permasalahan ini.

"Setakat ini PAS menunjukkan sikap sangat positif dan mengalakkan kerjasama. Kenyataan-kenyataan yang mereka lakukan adalah sangat baik," katanya.

"Dalam Pakatan Rakyat, perjumpaan seperti itu sering berlaku. Namun sebaliknya perbincangan seperti ini bukan budaya Umno-Barisan Nasional. Kita harus ucapkan penghargaan kepada usaha kepimpinan Pas, DAP dan PKR menangani isu ini," tegas Anwar.

Anwar berkata demikian kepada media selepas meninjau masalah penduduk di Projek Perumahan Rakyat Termiskin Lembah Subang tengahari tadi.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu mengulangi gesaan meminta rakyat supaya bertenang dan menghormati institusi agama.

Beliau menyarankan musyawarah disegerakan sebelum isu kalimah Allah semakin meruncing.

"Saya telah merujuk kepada ulama-ulama besar termasuk Sheikh Yusuf Qardhawi, Wahbah Suhaili dan Sheikh Tahar yang bersetuju dengan pengunaan kalimah Allah. Bagi yang tidak bersetuju, meskipun pendapat kita berbeza namun kita boleh berbincang secara hormat," kata Anwar.

"Jangan kita tunjuk sikap menghina orang, jangan kita mengugut mereka, dan jangan halang mereka menggunakan saluran undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan," tambah beliau.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP